Sunday, October 7, 2012

Salah Kita Semua

Nanti bila kita dah tersalah langkah, tersalah pilih ......

"Mana kawan" aku? Kenapa diaorang tak tarik aku dulu? Kenapa diaorang blah?? "

Sure, semua orang buat salah. Fine, Everyone makes mistakes. Bila kita tgk orang tersilap langkah, jangan salahkan individu seorang sahaja. Mana rakan-rakan yang sepatutnya bantu dia? Mana teman yang dikatakan sejati dan tidak akan tinggalkan dia? Kita buat salah kerana kita tak tahu benda itu salah. Kita salah langkah kerna terlalu mengikut kata hati. Siapa nak tolong kita .. carilah rakan yang membantu. Bukan yang walk away bila rasa hidup dah terlalu sukar. Dan bukan yang hanya pandai kondem sahaja. Tapi yang pandai pandu kita ke arah yang sebenar-benarnya dan jalan sejernih air sungai yang mengalir nan deras. Yang tidak teragak-agak untuk berkata benar akan sikap kita yang makin ... merundum. Yang tidak takut berkata benci akan perbuatan yang salah. Yang tidak malu untuk menangis gembira untuk kita. Yang ikhlas berkawan. Kalau kita nak kawan sebegitu rupa, jadilah kawan sebegitu rupa. simple, mothernature's rule.

No comments: