Saturday, March 17, 2012

Little things


...


" Alangkah indahnya kejadian gugurnya sehelai daun menyembah bumi yang terjadi setiap hari, namun tak pernah kita hargai keindahannya.."

Kita ni bertuah sangat. Punya keluarga yang penyayang, rakan yang prihatin dan pemimpin negara yang menjamin keamanan negara. Kedudukan negara di luar Lingkaran Api Pasifik memberi ketenangan daripada ancaman gempa bumi serta Tsunami juga bencana alam yang lain seperti tornado atau taufan. Banyak benda yang kita merungut, padahal hidup kita ni dah dikira hebat dan nikmat. Untuk ke sekolah tanpa dikhuatiri ditembak. Maka, apa yang kita mahu rungutkan? Kerana hidup ini tidak pernah sempurna. Walau kita miliki selaut emas sekalipun, pasti ada kecacatan yang ingin kita rungutkan dan persoalkan. Susah untuk seorang insan benar-benar mensyukuri nikmat dan anugerah yang dimilikinya melainkan pada saat sudah terlambat. Susah kita nak benar-benar sedar akan nikmat yang kita miliki melainkan kita merasai keperitan hidup seperti mereka yang tidak bernasib baik. Sedarlah wahai manusia..sedarlah wahai diri.



..........

Are we still okay, Malaysia? Where's the peace that we've been proud of? Where's the billions of people that admit of being Muslims ? Where's our pride in having Islam as our religion? Where is Malaysia ..


........

This is one of the draft i found in my post. Wondering why had not post it earlier :/

No comments: