Saturday, December 24, 2011

suasana di kala ..

Pagi yang hening.
Selimut yang uhm, sungguh selesa.
Jiwa yang berdebar.
Raga yang liat nak bangun.
Namun, terpaksa jua mengagahkan diri bersiap.
Ke negeri yang paling selatan, di semenanjung.
Dengan perut yang sudah mengecut.
Andaian di fikiran ditolak ke tepi.
Perjalanan diisi dengan Zzz


..........


Bertentang mata dengan Ustazah Izwani, tiada senyuman terukir. Maka makin suram wajahku. Makin bercelaru otak. Makin resah jiwa. Aku percepatkan langkah ke dewan. Pula, terserempak dengan Pn Muzdalifah. Bersalaman dan bertukar suatu berita gembira buat diriku. Ku ucap syukur. Ku ucap syukur. Namun, terselit suatu makna tersirat disebalik berita tersebut..ya, sudah bertakung air mata ku. Alangkah tidak berdayanya aku menyembunyikan kegentaran yang mula menguasai diri. Kegentaran bagi rakan-rakan yang lain, bagi KAMI. Berpelukan, bersalaman, bergembiraan, ber-excited-an, kala bersua muka dengan teman. Alangkah bahagia nya .. 
Suasana dewan kembali sunyi, menyambut ketibaan Bonda bersama angkatan beliau, berserta Cik Maimunah. Majlis bermula. Sudah tersebar berita dan khabar angin .. yang tidak begitu menyenangkan. Aku gagahkan jua mata ku menahan takungan bak Empangan Bakun gamaknya. Sudah aku pasrah dan menerima takdir akan rezeki 0913 STF '11. Duhh, we tried our ass off man. Puhlease, appreciate lah doh. *okay sory.
Ya benar ya betul, tidak menyerlah. Tidak seperti yang diharapkan. SO WHAT. Kau nak kitaorg buat apa? Kitaorg betul betul dah cuba sedaya upaya tahap maksima bagi seorang manusia biasa. Memang betul, ujian dan cabaran begitu .. hebat di ambang peperiksaan. Namun kami masih bersama menganggap ianya sebagai satu rahmat dan ujian bagi memperkukuh ikatan persahabatan kami. Kami akur dengan ketentuan Ilahi. Kekhilafan kami yang terlepas pandang sudah terlepas dari pandangan. Buat adik-adik, sudah lumrah bagi sekolah menetapkan pencapaian yang begitu menakjubkan. Maka, tunaikanlah. Kami hanya dapat menunaikan setakat yang mampu pada tahun ini. Target terbesar, 100% masih belum direalisasikan, giliran korang pulak :} 


............


Sejurus slip berada di tangan ku, aku ligat mencari kelibat rakan seperjuangan yang sudah menjadi tanggungjawab aku untuk membantu. Tidak kejumpaan. Dalam pencarian, rezeki aku - masa kau terima slip aku ada kat situ, aku pun berhenti dan menanti keputusan kau. Bocor sedikit takungan yang ditadah :) sesi penenangan dimulakan.Namun aku masih harus perlu mencari lagi seorang tuh. Aku tolak sesiapa yang menghalang, disamping menerima pelukan dan bibir yang tidak lekang mengucapkan tahniah kepada mereka yang mendapat 8 :) aku bertanya ke sana ke mari, tiada yang memberi jawapan. Maka aku menelefonnya, buat insan ini - i want to say sorry. Aku tak tarik kau study Sej and Geo. SORRY. I should have done better. Pape pun, aku bangga dgn kau ! kau patutnya jumpa aku dulu before blah, aku cari kau mcm org gila tau tak :\ 


Kepada rakan-rakan yang mendapat keputusan lapan A, tahniah dan congrats. But always remember that this piece of good news can be a blessing and also can be a test from The Almighty. 
Kepada yang tidak mendapat lapan A, Pmr had never be a destination. It had always and forever will be a journey to the real destination, a starter for a bigger exam. bak kata twitter, #watlek watpis :D


*hihi, aku saja nak cuba buat post nih like using bahasa baku, nk bagi feeling gitu ~ kau baca feeling tak? haha okay dah bye.

4 comments:

Sheera H said...

Yes, feel feel :D

Shuhada Abdullah said...

Qisya, ingatkan kawan kawan eh. Jatuh ranking tak semestinya korang jatuh terus. Tak. It means yg korang tgh bina satu binaan yg dahsyat dalam negara kalian. Binaan itu mungkin akan menjai binaan yg menggegarkan dunia. Untuk berjaya perlu ada ujian. Dan bila terima ujian maksudnya Allah sayangkan kalian. And Ya Allah, beruntungnya korang dapat the most greatest love ever kut. Bersyukur. Yang tak dapat 8 tu bukan maksudnya dia gagal. Dia berjaya tapi kejayaannya tertunda. Sebab Allah nak bagi dia kejayaan pada masa akan datang. Mungkin SPM, mungkin kerjaya ataupun balasan syurga. Insya-Allah. Apa apa orang kata, kalian tetap pelajar Tingkatan 3 STF yg hebat. Hebat dengan cara kalian sendiri. Study elok elok for Form 4 kay. Form 4 is a tough year. Seriously. :)

Qisya said...

k adda, thnks fr yr word of wisdom :) tetiba tringt time duty warden office lst yr, time k adda spill psl feeling jadi form 3, and look now, you're telling me of a form4 year. hee, ironic. ok thnks

Faza said...

hey:)
kau buat org menitis kn air mata:P
hahahahXD