Wednesday, December 21, 2011

Pelakar sejarah

Yes. Esok. Esok kami akan tahu sama ada perjuangan kami yang bermula sejak 2009 akan berakhir dengan jayanya atau sebaliknya. Kami sedar tanggungjawab dan amanah yang telah diletakkan atas bahu kami. Akan peringatan yang sering diutarakan setiap kali bersua muka dengan para pendidik. Dengan segala tomahan dan cabaran dan segala perkara yang telah pun berlaku. Bagi sesetengah insan di sana, kami ini bagai kan menyusahkan dan mungkin juga 'jahat'. Ampun. Kami tidak lah sesempurna seperti yang kami cuba lakonkan. Kami juga mempunyai kekhilafan. Sedar atau tidak, setelah usaha yang begitu gigih sejak mulanya tertanam kesedaran akan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah 2011 pada 4 Oktober dan 4 hari yang berikutnya, kami - kita semua - akan mengetahui sekiranya usaha itu semua mencukupi untuk merealisasikan impian sekolah. Kami melayari hidup pada 2011 dengan satu kiblat, iaitu 8A sekali gus 100% 8A. Kami cuba. Ya Allah, kami betul-betul cuba. Kami benar-banar ingin.. ingin sangat melakar sejarah di Tun Fatimah untuk semua. Kami... Ya Allah this feeling is beyond description. Tidak semua yang kita hajatkan akan tercapai. tak semua yang dirancang akan diluluskan Yang Maha Berkuasa. Kami redha sekiranya kami tidak dianugerahkan gelaran 'pelakar sejarah'..Engkau tenangkanlah hati kami dan buka lah hati kami agar dapat menerima ketentuan Mu. Kepada warga Desa Tun, we tried our best. If the best didn't turn out tomorrow, don't blame the teachers. The fault will be ours. Mesti ada salah dan silap yang telah kami terlepas pandang. Maaf kalau kami mengecewakan.

6 comments:

anak nodd:) said...

inshaALLAH qunints jadi PELAKAR SEJARAH(: amin.

Yan Colfer:) said...

qisya aku takut

anzaka said...

beb,its gonna be ok k?:)

Sheera H said...

CEPAT UPDATE ON YOUR RESULT! :D

Qisya said...

huhu sheera, tamau lah :}

Sheera H said...

Ala why? :( I nak tahuu, pleaseeee qisya sayangku :)